10 anak yatim terima sumbangan derma



Berita dan Foto : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi 






MUKIM MENTIRI, Jumaat, 27 Februari. - Aktiviti-aktiviti bercorak keagamaan terus giat diungkayahkan oleh pelbagai pihak di negara ini bagi menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan.


Sehubungan itu, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor Mentiri, hari ini, mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah diselajurkan dengan Penyampaian Derma kepada Anak-anak Yatim.


Penyampaian sumbangan derma kepada 10 orang anak yatim dari Kawasan 2 RPN Panchor Mentiri itu disempurnakan oleh Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Panchor, Mentiri, Haji Awang Mohammad Eddie Hardey bin Haji Ibrahim.


Majlis diteruskan dengan bergambar ramai bersama anak-anak yatim dan kemudiannya acara berbuka puasa.


Adapun majlis sedemikian merupakan aktiviti tahunan bagi kampung berkenaan di bulan Ramadan selain mengharapkan ganjaran berlipat ganda dan meringankan beban anak-anak yatim terutama untuk berbelanja dan keperluan di Aidilfitri nanti.


Close